Khamis, 30 April 2009

MUNGKINKAH RAHSIA?..

















PANTUN
**********
Manis gula umpama madu
Penyedap makanan waktu berbuka
Bila sendiri teringat dirimu
Entah bila kan bersua muka
****************************************
Umpama ombak menghempas pantai
pasir berubah mengikut waktu
Hati terpaut umpama terantai
Dua tautan menjadi satu
****************************************
Sempena Majlis berhari raya
baru pertama bersua muka
Tiada terkata apat dicita
Rahsia tersimpan tiada terduga
****************************************
Tanpa kolek perahu terbiar
Di hujung tanjung letak duduknya
Jiwa bergelora hati bergetar
Mengharap menanti pertemuan semula
****************************************
Anjung seri berubah wajah
Dihiasi dengan bunga beraneka
Bila teringat menjadi resah
Hati yang resah bertambah gulana
**************************************
Flora dan fauna perlu dipelihara
Supaya bumi hijau senantiasa
Peristiwa lama mengusik jiwa
Terimbau kisah Adam dan Hawa
**************************************
Anak-anak bermain angklung
Bermain bersama di ruang tamu
Doa dipanjat harapan dijunjung
Semoga jodoh dapat bertemu
######################################
Nama disebut hati teringat
Setiap masa setiap ketika
Di sudut hati rahsia terpahat
Terkenang 'DIA' entah di mana
***********************************
Orang yang hilang jangan dikenang
Semakin dilupa semakin menjelma
Hendak dibuang terasa sayang
Simpan di hati jiwa tersiksa..
***************************************
Rahsia tersimpan di dalam hati
Harapan menggunung mengharap sinar
Hendak dibawa sehingga mati
Alangkah indah sekiranya benar....
***************************************
Harus ada suatu pegangan
sebagai panduan masa hadapan
Terlalu sukar untuk dilepaskan
Hati terpaut telah disimpulkan
****************************************
Alangkah indah cerita silam
Pertautan hati membawa kegembiraan
Semoga hilang harapan yang kelam
Datang yang cerah dalam kehidupan
******************************************
Selingkar kisah menjadi panduan
Hidup insan yang hilang haluan
Bukan mudah menggapai harapan
Andai kecewa merana badan
*******************************************
Impian bukan satu kenyataan,
Itulah yang perlu dipertekankan
Usah impian sebabkan kerosakan
Keimanan perlu terus dipertingkatkan
**********************************************
Malu bertanya sesat jalan
Jalan menuju Pulau Harapan
Biar terungkai perlahan-lahan
Akhirnya pasti terkehadapan..
*******************************************
Alangkah harum bunga kenanga
Dipetik orang dalam jambangan
Akal teringat jiwa berkata
Jangan sampai hati dilukakan
********************************************
Hidup ini hanya pinjaman
Berusahalah untuk ketaqwaan
Rahsia itu suatu kenangan
Usah disimpan...dibuang pun jangan...

BUAT SEORANG INSAN BERNAMA ............


ARAFAH...
tempat pertemuan semula dua hati
dengan cinta kasih ALLAH buat hamba
Adam dan Hawa
dengan cinta dan keinsafan
menyesali diri kerana kealpaan


ARAFAH...
Pertemuan kembali hati yang terluka
kerana terpesong oleh pesona
terhukum kerana kesangsian
Dengan kemurahan Yang Esa
menggerak dan mengilhamkan
mencantum dua hati
yang terpilih dan dipilih
untuk melayari semula kehidupan
berpanjangan,
berterusan,
lalu berhijrah....

***********************************************

Diselangi oleh masa
sepi dan beku
Tercari-cari sesuatu yang tak pasti
menanti dan menanti
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

***********************************************

Persoalan,
menimbulkan tanda tanya
menjadi peringatan
sejarah indah
bermula ingatan
Arafah tempat pertemuan
Tanah suci menjadi saksi
Pertemuan dua hati
Antara khayalan dan kenyataan
Pemberian Allah
Yang Maha Pengasih dan Penyayang


Terikat di hati
Tergambar di mata
Tersimpul mati di minda
lalu,
Tercetuslah...

CINTA ALLAH PENGGERAK RASA
ILHAMBUAT HAMBA YANG MEMINTA
NIKMAT DAN KEASYIKAN ANUGERAH YANG MAHA KUASA
TERCIPTA SEJARAH DI DALAM HATI
ARAFAH TEMPAT PERTEMUAN,
MINA MENJADI KENANGAN,
MAKKAH TERIKAT DI SANUBARI


Segunung kesyukuran
Sejuta keampunan
Selaut keinsafan
kerana sebuah cinta
ALLAH Yang Maha Esa...

NOSTALGIA LALU

  • Mengapakah sering berlaku perpisahan yang sering menjauhkan kita antara satu sama lain
  • Untaian kasih yang terbina bagaikan meretas akibat pelbagai kesangsian atas sebuah keyakinan
  • Setelah sekian lama menggapai buih-buih impian yang umpama bayang-bayang silam
  • Telah terlalu lama penantian ini dan telah habis kekuatan untuk meneruskannya
  • Aku masih ingin terus melangkah dan berlari untuk terus mencarimu yang aku sendiri tidak tahu di mana
  • Fana'nya impian ini tidak mungkin akan menghalangku untuk terus berusaha dan bertawakkal
  • Akan terus ku cuba biar apapun halangannya....dan.....
  • Nostalgia ini pun semakin mencengkam akal, hati dan perasaan seorang perempuan
  • Ombak yang menghempas pantai itu terlalu mengganas dan menyakitkan jiwa murni dan ikhlas, namun..
  • Rantaian cinta abadi yang telah digerakkan oleh Yang Maha Kuasa ini terlalu indah untuk diabaikan
  • Hanya doa, dan sekelumit harapan agar yang terpisah dapat bertemu semula akhirnya
  • ALLAH.... kecintaan yang KAU anugerahkan ini terlalu indah dan jitu
  • Seperti terikatnya dua hati insan mulia Adam dan Hawa suatu ketika dulu
  • Indah dan anggunnya ikatan yang terjalin erat membawa sejuta pengertiaan dan ketaakulan
  • Menjemput keasyikan, mendambakan kesabaran, menggamit keikhlasan buat dua hati
  • Aku, dia dan ingatan.... cinta dua insan yang berjauhan tetapi sering mendambakan pertemuan
  • hayatilah sedikit cebisan juga rintihan atas suatu pertautan yang tidak diduga namun menggembirakan