Kini hati ku resah lagi... entah mengapa gelombang itu datang kembali Tak tahu kenapa Sedetik cuma , merasakan kelegaan Kini debaran itu datang lagi Meratah tangkai hati Pilu, mengesankan Fenomena terus mendatang, menghempas keresahan hati meratah ketenangan diri membanting kebimbangan mengungkit kecurigaan
Pinta hati ini, pinta minda ini pinta naluri ini Pergilah keresahan Pergilah kebimbangan Pergilah kecurigaan Usah dibisikkan lagi Usah dialunkan kerapkali Usah dibuai hati ini Pergilah bersama-sama keredhaan Pergilah bersama-sama kemudahan Pergilah bersama-sama kemuliaan Selagi ada ikhsan dan restu Illahi.. Sesungguhnya berbaik sangka duhai hati kerana semua ini kasih sayang yang diberi dirasai Tanda cinta Pencipta kepada insani.. #nasihatuntukhidupkuyanghidup
Nasihat ini untuk diri, Nasihat ini untuk akal, Nasihat ini untuk peribadi, Nasihat ini untuk akhlak, Nasihat ini untuk iman... Nasihat, nasihat, nasihat.... andai bukan untuk yang lain... hanya untuk empunya diri.. Angin, api, tanah, air... bersertanya suatu nasihat.. angin bertiup, api panas membakar tanah tempat berdiri, air menyejukkan... tetap menjadi nasihat..
Namun ada ketikanya, semua membawa makna yang berbeza.. Angin menjadi taufan, api menjulang kehancuran, tanah menelan meragut, air meraduk ganas, memukul meranap... masih tetap menjadi nasihat.. bukan melalui nikmat, malah melalui musibah... melalui suka, mahupun melalui duka... melalui sihat, mahupun sakit..
Andai semua itu nasihat, degilkah hati menerimanya, payahlah diri menurutinya mustahilkah minda memikirkannya.. Nasihat, nasihat, nasihat... diberi, mungkin diabai diterima, mungkin dibuang disampaikan, mungkin dicampak didengar mungkin seperti angin berlalu Ajari diri untuk nasihat Didiklah minda untuk nasihat Pupuklah iman untuk nasihat Tetaplah hati untuk nasihat Semoga akan terus menjadi suatu koreksi diri... #nasihatuntukhidupkuyanghidup