Khamis, 30 April 2009

BUAT SEORANG INSAN BERNAMA ............


ARAFAH...
tempat pertemuan semula dua hati
dengan cinta kasih ALLAH buat hamba
Adam dan Hawa
dengan cinta dan keinsafan
menyesali diri kerana kealpaan


ARAFAH...
Pertemuan kembali hati yang terluka
kerana terpesong oleh pesona
terhukum kerana kesangsian
Dengan kemurahan Yang Esa
menggerak dan mengilhamkan
mencantum dua hati
yang terpilih dan dipilih
untuk melayari semula kehidupan
berpanjangan,
berterusan,
lalu berhijrah....

***********************************************

Diselangi oleh masa
sepi dan beku
Tercari-cari sesuatu yang tak pasti
menanti dan menanti
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

***********************************************

Persoalan,
menimbulkan tanda tanya
menjadi peringatan
sejarah indah
bermula ingatan
Arafah tempat pertemuan
Tanah suci menjadi saksi
Pertemuan dua hati
Antara khayalan dan kenyataan
Pemberian Allah
Yang Maha Pengasih dan Penyayang


Terikat di hati
Tergambar di mata
Tersimpul mati di minda
lalu,
Tercetuslah...

CINTA ALLAH PENGGERAK RASA
ILHAMBUAT HAMBA YANG MEMINTA
NIKMAT DAN KEASYIKAN ANUGERAH YANG MAHA KUASA
TERCIPTA SEJARAH DI DALAM HATI
ARAFAH TEMPAT PERTEMUAN,
MINA MENJADI KENANGAN,
MAKKAH TERIKAT DI SANUBARI


Segunung kesyukuran
Sejuta keampunan
Selaut keinsafan
kerana sebuah cinta
ALLAH Yang Maha Esa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan