Selasa, 7 Mei 2013

ENTAH MENGAPA HATI INI INGIN BERBICARA...

Entah mengapa hati ini ingin berbicara...
Setelah aku pendamkan sekian lama,
Bukan kerana aku sengaja,
Masih ingat tidak terlupa..
Masih ada belum lagi hilang..
Masih kuat, belum lagi longlai..
NAMUN,
Selama ini aku simpan ia jauh dalam-dalam..
Ada telinga, aku hanya mendengar...
Ada mata, aku hanya memerhati...
Ada mulut, aku hanya diam..
Bukan kerana aku tidak punya rasa..
Tetapi kerana aku menjaga agar..
Tiada perbalahan yang tidak menguntungkan sesiapa..
Agar,
Tiada kebongkakan dalam dada...
Hanya kerana aku atau mereka berasa diri hebat,
mendabik dada, menegakkan benang basah...
sesama sendiri,
sedangkan ada antara mereka,
yang menguntum senyuman,
bertepuk tangan dalam kesenyapan,
ketawa berdekah-dekah dalam ketegunan...
melihat aku dan mereka yang seagama,
bertikam lidah....
Islam itu agamaku,
Islam itu agama teman-temanku,
Islam itu agama bangsaku...
NAMUN,
Islam itu meniti di bibir indah...
tetapi tetap diperlekeh,
oleh mereka yang menegakkan Islam...
APAKAH?
Islam itu hanya agama?
BUKANKAH?
Islam itu iktikad...
أشهد أن لا اله إلا الله
أشهد أن محمدا رسول الله  
TIDAKKAH?
Islam itu suatu penyatuan..
Di tanah tumpah darahku ini... 
Islam itu dianuti orang yang dinamakan Melayu..
Namun yang bernama Islam dan Melayu itu  pula..
Menuding sesama sendiri..
 
Entah mengapa hati ini ingin berbicara,
Tentang sedih dan sayu di dalam hati,
tentang resah dan gelisah di dalam dada,
tentang bimbang dan takut di dalam jiwa...
Ke mana hilangnya jati diri kita...
mempersoalkan banyak perkara...
Islam didahulukankah?
Melayu didahulukankah?
Siapa kita ini?
di tanah tumpah darah kita sendiri?
Bangsa kita menerima Islam...
Islam adalah identiti bangsa...
untuk menegakkan Islam...
sanggup kita menjatuhkan sesama kita...
sedangkan janji Allah itu jelas...
Tidak akan ada yang menang, 
sekiranya kita berbalah sesama sendiri...
yang ada hanya syaitan dan iblis..
tertawa gembira 
kerana agenda berjaya..
melalui bisikan-bisikan kononya bahagia..
melalui alunan irama kononya sejahtera...
berwahana wajah-wajah kita sendiri, yang selalu bermuka-muka...
umpama api di dalam sekam,
umpama gunting dalam lipatan...

Entah mengapa hati ini ingin berbicara,
Sedarlah anak bangsaku...
bangunlah setelah lama engkau lena...
sedarlah iman kita sedang diuji,
sehingga tidak kenal diri sendiri...

Entah mengapa hati ini ingin berbicara,
Bersatulah...
Bersamalah...
menegakkan negara Islam,
bangkitkan ketuanan Melayu... 
biar berlainan fahaman,
biar berlainan warna kulit...
biar berlainan pendapat..
demi Islam kita,
demi bangsa kita....
janganlah leka, walaupun kita selalu terlupa..
tidak bermakna kita tidak bisa ingat,
tidak bermakna kita tidak pernah faham,
tidak bermakna kita tidak akan mengerti....

Entah mengapa hati ini ingin sekali berbicara..
apakah potensi, anak-anak kini...
dari kecil hingga dewasa... makan disuap sentiasa.
dari kecil hingga besar... biasa dimanja dan diberi..
dari kecil hingga tua.. menerima subsidi..
dari kecil hingga menyembah bumi,
masih lagi mengharapkan rezeki datang sendiri..
yang tua tidak lagi dihormati...
mengejar yang baru yang belum tahu bermuka..
mengejar matlamat... tanpa memikirkan hikmat..

Entah mengapa hati ini ingin sekali berbicara...
Fikirlah anak bangsaku..
jika tangan tidak menyuap, sampaikah nasi itu ke mulutmu..
jika padi tidak ditanam, adakah beras akan ditanak...
jika hutan tidak diteroka, bisakah sawah akan terbentang...
jika tiada usaha... apakah yang akan dikata?
semua itu bukan percuma...
kecuali jika mereka lupa...
rezeki itu datangnya dari ALLAH yang Esa...
Maha Pemurah memberi rezeki....
NAMUN bukan  ia datang sendiri...
Tiada rezeki tanpa usaha...
sang ayam mengais pagi untuk makan pagi,
sang ayam mengais petang untuk makan petang...
rezeki tidak akan datang bergolek...
Tidak akan ada yang percuma...
sedangkan ibadah, ALLAH berikan ganjaran...
berbuat jahat, balasannya jahat..
berbuat baik, balasannya baik...
itu janji ALLAH... 
"Berdoalah pasti akan dimakbul"...
Nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah, kecuali kaum itu yang mengubahnya..
Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, kecuali dengan usahamu...
NAMUN...
Tidak semuanya ALLAH bayar tunai...
Ada hikmah di sebalik ujianNYA... hanya buat mereka yang berfikir...

Entah mengapa hati ini ingin sekali berbicara...
Gerun ketika merenung,
Takut ketika memikir,
Hampa apabila melihat...
anak-anak muda bangsa..
menanti mulut disuapkan,
menerima tanpa berusaha...
tiada usaha, tiada upaya..
kononnya punya visi dan misi
namun tidak bertempat.
Percaya walaupun tahu ditipu,
bangga walaupun tahu diperguna,
gembira walaupun tahu dianiaya...
KONONNYA,
kerana perjuangan...
kerana kesejahteraan...
kerana jalannya ke akhirat..
kerana membangunkan ummah...
kerana sayang akan negara...
namun auta semata..
mulut berbicara tanpa henti,
segala salah ada di sisi... 
tanpa sedar menuding diri sendiri.

Rasa kecewa,
rasa sebak,
rasa hiba...
anak muda bangsaku...
tidak kenal diri mereka siapa...
sehingga menghina bangsa sendiri...
yang sama-sama mempertahankan agama tercinta..

Entah mengapa hati ini ini berbicara....
SEMOGA....
ISLAM, MELAYU... berganding bahu,
Islam, India... mengukuh agama,
Islam, Cina... mengerat ukhuwah..
Biarpun siapa kita asal keturunannya,
tidak menjual agama dan bangsa..
kepada yang berniat
Onar kepada kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan